Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Widad University College (WUC) direka untuk pelajar yang ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

Pelajar adalah dari pelbagai bidang dan industri yang membolehkan mereka melibatkan diri dalam perbincangan kritikal di dalam kelas.

Program MBA dijalankan selama 18 bulan yang merangkumi siri intensif kuliah, seminar, projek kerja berpasukan, dan pembelajaran campuran. Tenaga pengajar bagi program ini terdiri daripada pensyarah yang profesional dan mempunyai pengalaman industri dalam bidang perakaunan, perniagaan, kewangan dan logistik, yang akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan penyelidikan.


  • Maklumat Program

  • SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA)

  • SEPENUH MASA / SEPARUH MASA


Garis Panduan Program

Semester 1
  • Organization Behaviour
  • Marketing Management
  • Decision Analysis
  • Managerial Accounting
  • Managerial Economics
Semester 2
  • Operation Management
  • Human Resource Management
  • Business Research Method
  • Project Paper
  • Elective Course

Syarat Kemasukan

  • Graduan Ijazah Sarjana Muda

  • Calon mestilah lulus Sarjana Muda dengan minimum PNGK 2.50 atau setara dengan bidang yang berkaitan dari universiti yang diiktiraf.

Syarat Bergraduat

Pelajar perlu mencapai minimum PNGK 3.00, melengkapkan tesis dan projek serta memenuhi jam kredit minimum untuk setiap program masing-masing.


Syarat Bahasa Inggeris

  • Pelajar antarabangsa mestilah mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai salah satu kelayakan berikut:
    • Skor TOEFL minimum 550 ATAU
    • Skor IELTS minimum 6.0 ATAU
    • Skor MUET minimum Band 4.

Laluan Kerjaya

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) mampu menambahkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk perkembangan kerjaya anda sama ada di dalam negara atau di arena antarabangsa.

Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dapat melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam kursus yang sama atau kursus yang berkaitan dengan bidang ini di mana-mana universiti sama ada di dalam Malaysia atau luar negara.

Program Ijazah MBA Widad University College mempersiapkan calon untuk jawatan pengurusan peringkat atasan dalam bidang kewangan, perbankan pelaburan, pengurusan dan pentadbiran penjagaan kesihatan. Oleh itu, graduan mampu memegang sebarang jawatan di dalam sektor awam atau swasta. Antara jawatan yang ditawarkan kepada graduan kami adalah perunding pengurusan, pengurus pemasaran, pegawai bank pelaburan, pengurus operasi, penasihat kewangan dan penyelidik.

HANTAR KAMI SOALAN ANDA