Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Sains Kejurulatihan

Program Diploma Sains Kejurulatihan ini dibentuk khas untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan, perguruan, pengurusan atau pelatih peribadi.

Pelajar bakal didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam sains sukan dan kejurulatihan dalam bidang anatomi, fisiologi senaman, kepimpinan, dan sains kejurulatihan. Program ini juga melengkapkan lagi pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam bidang pengurusan. Selain itu, objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan piawai akademik tercapai dan menjadi program bertaraf dunia, agar di masa akan datang pelajar-pelajar ini mampu menyambung pengajian dalam bidang sarjana muda yang ditawarkan di dalam atau di luar negara. Program ini juga memberi peluang pekerjaan yang sangat meluas.

Sains Kejurulatihan adalah bidang aplikasi sains sukan di mana merangkumi ilmu anatomi dan fisiologi, biomekanik, kecederaan sukan dan pemulihan, fisiologi senaman dan bidang-bidang lain yang melibatkan sains dan sukan dalam bidang kejurulatihan.

Program ini memberi jalan kepada pelajar lepasan SPM dengan pencapaian yang bersesuaian untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Sains Kejurulatihan. Oleh itu, adalah salah satu institusi yang menawarkan pengajian diploma untuk membantu siswazah Malaysia meningkatkan peluang pekerjaan sama ada di dalam atau luar negara. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membentuk dasar ekonomi baru di mana mampu meningkatkan produktiviti negara dengan membiayai siswazah berilmu dan berdaya saing.

Maklumat Program

  • Diploma Sains Kejurulatihan

  • KPT/JPS(R/813/4/0007)(MQA/FA0618)01/22 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Unified Examination Certificate (UEC)

  • Lulus UEC dengan minimum Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan O-Level

  • Lulus O-Level dengan minimum Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan memiliki SPM dengan satu (1) kredit dan melalui program pengukuhan. (sekiranya perlu)
  • Pilihan 5: Kemasukan dengan Sijil Kolej Komuniti

  • Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan memiliki SPM dengan satu (1) kredit dan melalui program pengukuhan. (sekiranya perlu)
  • Pilihan 6: Kemasukan dengan Sijil

  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) atau setaraf dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK 2.00
  • Pilihan 7: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
  • Pilihan 8: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan minimum pangkat MAQBUL
  • Pilihan 9: Kemasukan dengan Kelayakan Lain

  • Kelayakan lain yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Sport Coach
  • Physiotherapist
  • Fitness Trainer
  • Sport Officer
  • Assistant Sport and Youth Officer
  • Gym Instructor

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.