Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Rekabentuk Fesyen Kreatif

Reka bentuk fesyen adalah seni aplikasi reka bentuk dan estetika atau kecantikan semula jadi untuk pakaian dan aksesori. Bersempena dengan itu, Diploma Rekabentuk Fesyen Kreatif menawarkan kemahiran baru, pengetahuan dan pengalaman profesional dalam persekitaran pembelajaran dan pengajaran antarabangsa.

Program tiga tahun ini menyediakan peluang kepada para pelajar menceburkan diri dalam industri fesyen menerusi eksperimen dan pembelajaran mengenai tradisi sejarah dan budaya yang menjadi asas kepada inovasi industri fesyen.

Program ini hanya menggabungkan keseimbangan antara reka bentuk fesyen, pengeluaran, tekstil dan kemahiran komputer yang diperlukan dalam industri fesyen.

Pelajar akan menerapkan visi artistik dan pengetahuan teknikal dalam mereka pakaian mengikut kehendak pasaran semasa.Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran pembuatan pakaian dan pelbagai konsep rekaan mengikut kehendak industri.

Pengajian termasuk pelbagai kursus teras dalam reka bentuk, penggubalan corak, pembuatan tekstil, sejarah fesyen dan reka bentuk aplikasi komputer.

Program ini menawarkan pelbagai kurikulum yang membolehkan pelajar memilih dari tiga pilihan berikut: Tekstil, Teknologi dan Pemasaran.


Maklumat Program

  • Diploma Rekabentuk Fesyen Kreatif

  • KPT/JPS(N/214/4/0039)(MQA/FA0620)02/22 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Tahun 1
  • Pengajian Malaysia 2
  • English 1
  • History of Art and Design
  • Basic Figure Drawing
  • Embroidery Beadwork and Product
  • Kemahiran Pengucapan Awam
  • Fashion History
  • English 2
  • Malay Traditional Costume
  • Introduction : Fashion Illustration
  • Basic Apparel and Sewing Technique
  • Introduction to Computer Design and Presentation
  • Pembagunan Kendiri 2
Tahun 2
  • English For Academic Writing
  • Event Management
  • Malaysia Public Administration
  • Fashion Design Development 1
  • Pattern Apparel and Construction 1
  • Fashion Illustration and Production Drawing
  • Computer: Cad for Fashion Illustration 1
  • Entrepreneurship
  • Pencinta Alam
  • Pattern Apparel and Construction 2
  • Fashion Design Development 2
  • Fabric Manipulation
  • Computer: Cad for Fashion Design 2
  • Fashion Retail Management and Event
Tahun 3
  • Fashion Design Development 3
  • Computer: CAD for Fashion Design 3
  • Fashion Illustration and Production Drawing 2
  • Fashion Styling and Trend
  • Practical Training

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Mana-mana 2 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Sejarah
  • Lulus Matematik
  • Lulus Pendidikan Seni
  • Lulus Sesi Temuduga / Ujian Melukis / Penilaian Portfolio bagi pemohon tanpa kelayakan matapelajaran Pendidikan Seni
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan mana-mana Kelayakan Setara

  • Mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Lulus Sesi Temuduga / Ujian Melukis / Penilaian Portfolio bagi pemohon tanpa kelayakan matapelajaran Pendidikan Seni

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pereka Fesyen
  • Fashion Illustrator
  • Penasihat Fesyen
  • Pereka Pola Pakaian
  • Merchandiser

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.