Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Diploma dalam program Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah.

Program ini di reka dengan teliti untuk Pendidik Awal Kanak-kanak untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.

Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran, mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.


Maklumat Program

  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • KPT/JPS(R/143/4/0030)(MQA/FA1237)05/22 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Garis Panduan Program

Tahun 1
  • Malaysian Studies 2
  • Pembangunan Diri
  • English 1
  • English 2
  • Personality and Grooming
  • Introduction to Information Technology
  • Foundation in Early Childhood Education
  • Development of Young Children
  • Gifted Children and Early Childhood Education
  • Qualities of Early Childhood Educator
  • Health, Safety and Nutrition
  • Curriculum and Learning Activities of Nursery
  • Educational Psychology
Tahun 2
  • Malaysian Public Administration
  • English 3
  • Entrepreneurship
  • Pencinta Alam
  • Mathematics for Young children
  • Observation and Assessment of Young Children
  • Creativity Development for Young Children
  • Managing Early Childhood Centers
  • Parental Involvement in Early Children Education
  • Science and Living Things for Young Children
  • Learn Through Play for Young Children
  • Physical Education for Young Children
  • Teaching and Learning for Early childhood Education
Tahun 3
  • Spritual and Moral Development of Young Children
  • Contemporary Issues in Early Childhood Education
  • Montessori Method of Teaching in EC Education
  • Children Language and Literacy Development
  • Children with Special Needs in EC Education
  • Practicum

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan mana-mana kelayakan setara

  • Mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia