Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Pengajian Perniagaan

Program Diploma Pengajian Perniagaan dibangunkan bertujuan untuk melahirkan graduan sebagai pekerja berilmu atau "knowledge worker" di dalam dunia perniagaan.

Graduan akan memperolehi ilmu perniagaan yang merangkumi bidang pengurusan, pengurusan sumber manusia dan pemasaran. Graduan juga dilengkapi dengan pengetahuan serta kefahaman meluas dalam aspek penting perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang diwujudkan.

Program ini juga memberikan autoriti kepada graduan untuk mengaplikasi konsep perniagaan, teknik-teknik analisis bagi sesuatu permasalahan perniagaan diperingkat nasional atau global. Objektif dan fokus program juga adalah untuk mencapai piawaian akademik yang ditetapkan dan mencapai program bertaraf dunia bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana muda yang ditawarkan dalam dan luar negera. Program ini juga menyediakan prospek kerjaya yang lebih cemerlang.


Maklumat Program

  • Diploma Pengajian Perniagaan

  • KPT/JPS(R/340/4/0071)(MQA/FA0617)06/21 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Garis Panduan Program

Tahun 1
  • Fundamental of Management
  • Economics for Business
  • Fundamentals Of Accounting
  • English 1
  • Pengajian Malaysia 2
  • Pengucapan Awam
  • Mathematics For Business
  • Information Technology In Business
  • Fundamental of Marketing
  • English 2
  • Pembangunan Diri 2
  • Bakti Siswa
  • Islamic Economic System
Tahun 2
  • E-Commerce
  • Malaysia Public Admin
  • Principles Of Statistics
  • Management Accounting
  • Managing Human Resources
  • English For Academic Writing
  • Operation Management
  • Fundamental Of Finance
  • Business Law
  • Organizational Behavior
  • Organizational Communication
  • International Business
  • Pencinta Alam
Tahun 3
  • Legal, Ethics and Corporate Social Responsibility
  • Decision Making
  • Research Methodology
  • Entrepreneurship
  • Strategic Management
  • Current Issues In Malaysia
  • Practical Training

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • 2 matapelajaran yang lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Pra-Diploma / Sijil / Matrikulasi

  • Lulus Pra-Diploma / Sijil / Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Laluan Kerjaya

  • Mewujudkan peluang dalam menceburi bidang perniagaan di sektor swasta atau awam pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa
  • Peluang yang lebih cerah dalam pembinaan kerjaya dalam bidang perniagaan kepada graduan yang telah mendapat latihan terbaik, berpengetahuan dan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang relevan
  • Mampu untuk mengadaptasi perubahan seperti kecanggihan teknologi dan dapat serta globalisasi yang mampu untuk berdaya saing di peringkat global
  • Graduan mampu memperolehi peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan yang besesuaian setelah tamat pengajian seperti:
    • Eksekutif Pentadbiran
    • Eksekutif Pemasaran
    • Usahawan
    • Penyelia
    • Pembantu akaun
    • Penyelaras Jualan
  • Pelajar akan memperolehi asas pengetahuan untuk memenuhi cabaran yang semakin meningkat dan permintaan pasaran pekerjaan disamping memaksimakan karier di dalam persekitaran perniagaan yang kompleks.

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.