Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)

Program ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang kompeten dan memiliki pengetahuan yang baik dalam kewangan Islam. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), trend globalisasi industri kewangan Islam telah menggalakkan institusi kewangan asing membuat Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk melakukan transaksi kewangan Islam. Dengan melihat cabaran-cabaran yang timbul dari proses liberalisasi dan globalisasi, penting untuk mengenali industri kewangan Islam sebagai perantara kewangan dan sumber pembiayaan utama bagi ekonomi dalam negeri.

Di bawah program ini, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kursus termasuk pengurusan perbankan, kewangan asas, asas pengurusan kewangan Islam, perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik perniagaan dan statistik, komunikasi, teknologi maklumat dan peraturan perundangan. Pelajar yang lulus daripada program ini boleh melanjutkan pengajian mereka dalam kewangan Islam di mana-mana institusi awam dan swasta di dalam atau di luar negara.

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Para graduan akan dianugerahkan dengan Intermediate Qualification of Islamic Finance (IQIF) oleh IBFIM setelah menamatkan pengajian.


Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)

  • KPT/JPS(N/343/6/0252)(MQA/PA9342)02/25

  • Sepenuh Masa

  • 3 ½ tahun


Garis Panduan Program

Tahun 1
  • Bahasa Inggeris 1
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia / Bahasa Melayu Komunikasi 2
  • Perhubungan Etnik / Pengajian Malaysia 3
  • Aqidah Islam
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Prinsip dalam Pengurusan
  • Ekonomi Islam
  • Bahasa Inggeris 2
  • Kemahiran Menulis
  • Akhlak Islamiah
  • Usul Fiqh
  • Matematik untuk Perniagaan
  • Pengurusan Bank Islam
  • Etika Profesional
Tahun 2
  • Bahasa Inggeris 3
  • Dasar Awam Kerajaan Malaysia
  • Fiqh Muamalat
  • Sejarah Pensyariatan Islam
  • Waqf Wa Bait Al-Mal
  • Pengurusan Risiko
  • Elektif 1
  • Bakti Siswa
  • Statistik
  • Prinsip-prinsip Kewangan Islam
  • Takaful
  • Pasaran Wang dan Modal
  • Elektif 2
  • Elektif 3
Tahun 3
  • Keusahawanan
  • Isu Semasa dalam Kewangan Islam
  • Perakaunan untuk Transaksi Kewangan Islam
  • Perancangan Kewangan dan Pengurusan Kekayaan Islam
  • Kaedah Penyelidikan
  • Elektif 4
  • Rangka Kerja Perundangan Islam untuk Kewangan Islam
  • Tadbir Urus Korporat dan Syariah dalam Kewangan Islam
  • Teknologi Kewangan
  • Projek Penyelidikan
  • Elektif 5
Tahun 4
  • Latihan Industri
Subjek Elektif
  • Kewangan Perdagangan Islam
  • Zakat, Wasiat dan Faraid
  • Pengurusan Dana
  • Produk Perbendaharaan Islam
  • Ekonometrik
  • Retakaful
  • Pengunderaitan dan Tuntutan dalam Takaful
  • Pemasaran dalam Takaful

Syarat Kemasukan

  • + Syarat Tambahan (bagi semua di bawah)

  • Lulus Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Lulus Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pelajar Tempatan : Malaysian University English Test (MUET).
  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi

  • Sijil yang diiktiraf dalam Matrikulasi atau Asasi dengan PNGK minimum 2.0 dari 4.0.
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM dengan DUA lulus penuh atau bersamaan dengan PNGK minimum 2.0 dari 4.0.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan minimum gred Jayyid.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Diploma in Muamalat and Islamic Finance (MIF) atau setaraf

  • Diploma MIF atau setaraf dengan CGPA minimum 2.5 dari 4.0.
  • Pilihan 5: Kemasukan dengan Diploma

  • Mana-mana Diploma lain dengan PNGK minimum 2.5 dari 4.0.

Laluan Kerjaya

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) membangunkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk pembangunan graduan di tempat kerja. Ia akan menyediakan peluang pekerjaan di kawasan profesional sama ada di dalam atau arena antarabangsa.

Graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) boleh menyambung pengajian ke peringkat Master dalam kursus yang sama atau mana-mana kursus lain di mana-mana kolej / universiti berpotensi sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia.

Graduan juga mampu memegang sebarang jawatan dalam mana-mana industri / organisasi, sama ada mereka berada di sektor awam atau swasta. Graduan akan dapat mengambil pelbagai peluang pekerjaan dalam masa yang singkat selepas berjaya menamatkan kursus ini. Laluan kerjaya termasuk pegawai bank, perancang kewangan Islam, perunding Takaful, eksekutif kewangan dan ahli akademik.