Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian)

Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mendalam, kemahiran berkomunikasi dan berfikir secara kritis, mempunyai kreativiti dan inovasi dalam perniagaan. Ia juga termasuk pemahaman yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan yang dinamik, semangat keusahawanan dan juga kepakaran dalam melaksanakannya secara berkesan dan beretika mengikut bidang pengajian keusahawanan. Oleh itu, ia dapat mempengaruhi pencapaian peribadi, pembelajaran sepanjang hayat dan dapat menyumbang kepada pembangunan industri.


Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian)

  • MQA/PA9343

  • Sepenuh Masa

  • 3 ½ tahun


Garis Panduan Program

Tahun 1
  • Principles of Management
  • Introduction to Entrepreneurship
  • Principles of Economics
  • English for Specific Purposes 1
  • Hubungan Etnik/ Pengajian Malaysia 3
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) / Bahasa Melayu Komunikasi 2
  • Principles of Accounting
  • Computer Technology and Information
  • Mathematics for Business
  • Principles of Marketing
  • Business Communication
  • English for Specific Purposes 2
  • Writing Skills
Tahun 2
  • Principles of Finance
  • Human Resource Management
  • E-Marketing
  • Small Business Management
  • Business Law
  • English for Specific Purposes 3
  • Dasar Awam Kerajaan Malaysia
  • Branding Management
  • Sales Management
  • Strategic Management
  • Business Plan
  • Entrepreneurship Skills
  • Bakti Siswa
Tahun 3
  • Integrity and Ethics in Entrepreneurship
  • Managing Entrepreneurial Ventures
  • Sales and Negotiation Skills
  • Venture Capital
  • Elective 1
  • Elective 2
  • Social Entrepreneurship
  • Taxation for Entrepreneurship
  • Creativity and Innovation
  • Technopreneurship
  • Elective 3
  • Elective 4
Tahun 4
  • Business Project
Subjek Elektif
  • Introduction to Psychology
  • Web Programming
  • Organizational Behavior
  • Leadership
  • Coaching and Consultancy
  • E- Commerce Theories & Practices
  • International Business
  • Retailing Management

Syarat Kemasukan

  • + Syarat Tambahan (semua di bawah)

  • Pelajar Antarabangsa : Pelajar dikehendaki mencapai skor minimum 5.5 untuk International English Language Testing System (IELTS).
  • Pelajar Tempatan : Malaysian University English Test (MUET).
  • + Syarat Tambahan (Pilihan 1 & 2)

  • Syarat lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM boleh dikecualikan jika kelayakan mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/ lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran.
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan A-Level

  • Lulus A-Level dengan sekurang-kurangnya lulus dalam 2 mata pelajaran.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Unified Examination Certificate (UEC)

  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat gred B dalam 5 mata pelajaran.
  • Pilihan 5: Kemasukan dengan Diploma / Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM)

  • Lulus Diploma / Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM) dengan minimum CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan.
  • Pilihan 6: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi

  • Lulus Matrikulasi/ Asasi dari mana-mana IPTA / IPTS / institusi yang dibenarkan menawarkan program asasi dengan mendapat PNGK 2.00.
  • Pilihan 7: Kelayakan lain

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Laluan Kerjaya

  • Menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Pelajar akan mendapat pengetahuan asas yang kukuh untuk memenuhi cabaran dan tuntutan yang semakin meningkat dalam pasaran pekerjaan serta memaksimumkan peluang kerjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompleks;
  • Mencipta peluang bagi mereka yang ingin melibatkan diri dalam sektor awam atau swasta di dalam negara dan juga peringkat antarabangsa;
  • Peluang yang hebat untuk mengembangkan kerjaya dalam perniagaan bagi mereka yang terlatih, berpengetahuan dan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai;
  • Mampu menghadapi cabaran seperti kemajuan teknologi dan globalisasi dan juga dapat terus bersaing dalam persekitaran perniagaan global.