Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Pembantu Perubatan

"Assistant Medical Officer" / Penolong Pembantu Perubatan (AMO/PPP) berfungsi memberikan perkhidmatan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dengan penuh kompeten dalam memberi perkhidmatan kesihatan secara kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif pada tahap yang bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan pegawai perubatan.

AMO berperanan memberikan perkhidmatan diperingkat dalam aspek kesihatan dengan:

  • Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kemalangan dan kecemasan di hospital-hospital;
  • Membuat pemeriksaan saringan keatas pesakit yang memerlukan rawatan;
  • Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan;
  • Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat;
  • Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan.

Manakala diperingkat Perkhidmatan Khusus, AMO berperanan dalam memberikan perkhidmatan dipelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti di Jabatan Otopedik, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi, Unit Psiaktri, Jabatan Urologi, Jabatan Neurologi dan lain2 jabatan dan unit di hospital (samada kerajaan atau pun swasta.

Tempoh latihan Diploma Pembantu Perubatan adalah selama 3 tahun (6 semester) 3 1/2 semester diperuntukkan untuk pengajian teori dan amali, dan 2 1/2 semester untuk menjalani latihan praktis klinikal di Hospital dan Klinik Kesihatan.


Maklumat Program

  • Diploma Pembantu Perubatan

  • KPT/JPS(R/722/4/0018)(MQA/FA9640)04/20 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Garis Panduan Program

Tahun 1
  • Pengajian Malaysia
  • Bahasa Inggeris I
  • Sains Tingkahlaku
  • Komunikasi Pesakit
  • Anatomi dan Fisiologi I
  • Anatomi dan Fisiologi II
  • Sains Kesihatan Komuniti I
  • Mikrobiologi Perubatan (Mikrobiologi dan Parasitologi)
  • Biosains Perubatan (Biokimia Klinikal dan Patologi Klinikal)
  • Pengajian Malaysia
  • Bahasa Inggeris II
  • Asas Pembedahan
  • Farmakologi Klinikal I
  • Sains Perubatan Asas
  • Sains Kejururawatan II
  • Perubatan Kecemasan I
  • Sains Kesihatan Komuniti II
  • Asas Komputer (Pengenalan)
  • Sosial and Preventive Medicine
Tahun 2
  • Otopedik
  • Asas Pengurusan
  • Pengajian Malaysia
  • Perubatan Lanjutan
  • Pengurusan Bencana
  • Farmakologi Klinikal II
  • Pembedahan Lanjutan
  • Sains Kejururawatan III
  • Perubatan Kecemasan II
  • Obstetrik dan Ginekologi
  • Sains Kesihatan Komuniti III
  • Praktis Surgeri I
  • Praktis Psiakiatri
  • Praktis Perubatan I
  • Praktis Sains Kesihatan Komuniti I
  • Perkembangan Profesional – Etika Profesen
Tahun 3
  • Kokurikulum (Bakti Siswa)
  • Praktis Surgeri (Dewan Bedah)
  • Praktis Perubatan Kecemasan I
  • Praktis Wad Surgeri II (Ortopedik)
  • Praktis Sains Kesihatan Komuniti II
  • Praktis Obstetrik & Ginekologi (Bilik Bersalin)
  • Perkembangan Profesional – Prakits Penyelidikan Penjagaan Kesihatan (Bahagian I)
  • Praktis Surgeri (Oftalmologi)
  • Praktis Perubatan Kecemasan II
  • Praktis Wad Perubatan (Pediatrik)
  • Praktis Surgeri (Otorinolaringologi)
  • Praktis Sains Kesihatan Komuniti III
  • Praktis Perubatan (ICU / Haemodialysis)
  • Perkembangan Profesional – Prakits Penyelidikan Penjagaan Kesihatan (Bahagian II)

Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 5 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Matematik ATAU Matematik Tambahan
    • Kimia ATAU Biologi ATAU Sains
    • Mana-mana 2 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Sejarah
  • Sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang penyakit genetik yang berbahaya
  • Tidak mengalami kecacatan anggota / deria yang serius

Laluan Kerjaya

Prospek selepas menamatkan kursus jika bekerja dengan SEKTOR KERAJAAN:

  • Bekerja sebagai Penolog Pegawai Perubatan, dibawah Skim Pembantu Perubatan, Gred U29, Kementerian Kesihatan Malaysia atau mengikut tajaan;
  • Bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Agensi Badan Berkanun seperti Hospital Universiti, Klinik Universiti, Fakulti Perubatan;
  • Peluang untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan (pengkhususan) dalam dan luar Negara di bawah Tajaan samada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam atau Institusi Swasta yang menawarkan geran penajaan;
  • Peluang kenaikan pangkat ke Gred U32, Gred U36,Gred U38, Gred U42, Gred U44, Gred U48 dan Gred U52;
  • Kenaikan Ke Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional. (BERIJAZAH)
    • Pengajar;
    • Pegawai sains;
    • Penyelia hospital;
    • Pengarah hospital;
    • Peluang menyertai rombongan jemaah haji.

Prospek selepas menamatkan kursus jika bekerja dengan SEKTOR SWASTA:

  • Bekerja di Hospital swasta dalam bidang – Jabatan kemalangan dan Kecemasan, Unit Ekokardiogram dan Kardiologi, Dewan Bedah, Perfusionest, Unit Renal;
  • Syarikat-syarikat minyak;
  • Peluang untuk bekerja di luar Negara seperti di Arab Saudi.