Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Pelajar bakal didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam sains sukan dan kejurulatihan dalam bidang anatomi, fisiologi senaman, kepimpinan, dan sains kejurulatihan. Program ini juga melengkapkan lagi pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam bidang pengurusan. Selain itu, objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan piawai akademik tercapai dan menjadi program bertaraf dunia, agar di masa akan datang pelajar-pelajar ini mampu menyambung pengajian dalam bidang sarjana muda yang ditawarkan di dalam atau di luar negara. Program ini juga memberi peluang pekerjaan yang sangat meluas.
Sains Kejurulatihan adalah bidang aplikasi sains sukan di mana merangkumi ilmu anatomi dan fisiologi, biomekanik, kecederaan sukan dan pemulihan, fisiologi senaman dan bidang-bidang lain yang melibatkan sains dan sukan dalam bidang kejurulatihan.
Program ini memberi jalan kepada pelajar lepasan SPM dengan pencapaian yang bersesuaian untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Sains Kejurulatihan. Oleh itu, adalah salah satu institusi yang menawarkan pengajian diploma untuk membantu siswazah Malaysia meningkatkan peluang pekerjaan sama ada di dalam atau luar negara. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membentuk dasar ekonomi baru di mana mampu meningkatkan produktiviti negara dengan membiayai siswazah berilmu dan berdaya saing.
DIPLOMA SAINS KEJURULATIHAN
SEPENUH MASA
3 TAHUN
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.