Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Pengukuhan ekonomi negara memberi impak besar terhadap sistem kesihatan di Malaysia, terutamanya permintaan untuk perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Oleh yang demikian, program ini ditawarkan sehubungan dengan polisi negara bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di dalam sektor biologi dan sains kesihatan dengan menyatukan pengetahuan, teknologi dan kemahiran kemanusiaan.
Dengan penubuhan hospital-hospital kerajaan dan swasta yang baru, keperluan pekerja terlatih dalam bidang sains perubatan adalah kritikal. Subjek-subjek seperti Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris diajar kepada pelajar untuk menylesaikan masalah melalui pembelajaran supaya mereka dapat meneruskan pengajian di IPTA atau luar negara.
Tempoh pengajian adalah tiga semester (setahun) telah mendapat kelulusan dari MQA.
ASASI SAINS
SEPENUH MASA
1 TAHUN
Selepas tamat Program Asasi, pelajar boleh memilih untuk membuat program ijazah di Widad University College, universiti tempatan atau universiti luar negara.