Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Walaupun tidak ada jumlah kredit khusus yang diperlukan untuk menamatkan pengajian, pelajar diminta untuk mendaftar beberapa kursus bagi memperkukuhkan asas pengetahuan mereka dalam bidang penyelidikan. Mereka juga diminta untuk mengambil bahagian dalam perbincangan akademik dan pembentangan seminar. Di samping itu, mereka juga diwajibkan membentangkan tesis kepada Thesis Examination Committee bagi memperakui sumbangan yang signifikan terhadap pengetahuan yang telah dijalankan di kawasan terpilih.
SARJANA SAINS (PENGURUSAN)
SEPENUH MASA / SEPARUH MASA
Kepakaran kami adalah dalam bidang-bidang berikut:
Sarjana Sains (Pengurusan) menekankan pembangunan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam perkembangan kerjaya samada dalam negara atau antarabangsa.
Graduan Sarjana Sains (Pengurusan) boleh menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang sama atau berkaitan di mana-mana universiti di Malaysia atau luar negara.
Graduan juga layak dan berkebolehan menjawat jawatan dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jawatan yang sesuai ialah pensyarah, pengurus dan penyelidik.