Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam
(Kepujian)

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Program ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang kompeten dan memiliki pengetahuan yang baik dalam kewangan Islam. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), trend globalisasi industri kewangan Islam telah menggalakkan institusi kewangan asing membuat Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk melakukan transaksi kewangan Islam. Dengan melihat cabaran-cabaran yang timbul dari proses liberalisasi dan globalisasi, penting untuk mengenali industri kewangan Islam sebagai perantara kewangan dan sumber pembiayaan utama bagi ekonomi dalam negeri.

Di bawah program ini, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kursus termasuk pengurusan perbankan, kewangan asas, asas pengurusan kewangan Islam, perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik perniagaan dan statistik, komunikasi, teknologi maklumat dan peraturan perundangan. Pelajar yang lulus daripada program ini boleh melanjutkan pengajian mereka dalam kewangan Islam di mana-mana institusi awam dan swasta di dalam atau di luar negara.

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Para graduan akan dianugerahkan dengan Intermediate Qualification of Islamic Finance (IQIF) oleh IBFIM setelah menamatkan pengajian.


  • Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Struktur Program

  • English for Specific Purpose 1
  • Hubungan Etnik / Pengajian Malaysia 3
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia / Bahasa Melayu Komunikasi 2
  • Aqidah Islam
  • Sejarah Pensyariatan Islam
  • Mathematics for Business
  • English for Specific Purpose 2
  • Principles in Management
  • Islamic Economics
  • Akhlak Islamiah
  • Usul Fiqh
  • Writing Skill
  • Professional Ethics
  • English For Specific Purpose 3
  • Principles of Islamic Finance
  • Elective 1

Syarat Kemasukan

  • + Syarat Tambahan

  • Lulus Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi

  • Sijil yang diiktiraf dalam Matrikulasi atau Asasi dengan PNGK minimum 2.0 dari 4.0.
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM dengan DUA lulus penuh atau bersamaan dengan PNGK minimum 2.0 dari 4.0.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan minimum gred Jayyid.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Diploma MIF atau setaraf

  • Diploma MIF atau setaraf dengan CGPA minimum 2.5 dari 4.0.
  • Pilihan 5: Kemasukan dengan Diploma (Tahap 4 KKM)

  • Mana-mana Diploma (Tahap 4 KKM) dengan PNGK minimum 2.5.
  • Pilihan 6: Kemasukan dengan Kelayakan Lain

  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Laluan Kerjaya

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) membangunkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk pembangunan graduan di tempat kerja. Ia akan menyediakan peluang pekerjaan di kawasan profesional sama ada di dalam atau arena antarabangsa.

Graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) boleh menyambung pengajian ke peringkat Master dalam kursus yang sama atau mana-mana kursus lain di mana-mana kolej / universiti berpotensi sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia.

Graduan juga mampu memegang sebarang jawatan dalam mana-mana industri / organisasi, sama ada mereka berada di sektor awam atau swasta. Graduan akan dapat mengambil pelbagai peluang pekerjaan dalam masa yang singkat selepas berjaya menamatkan kursus ini. Laluan kerjaya termasuk pegawai bank, perancang kewangan Islam, perunding Takaful, eksekutif kewangan dan ahli akademik.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us