Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Program ukur bahan ini merupakan antara kursus yang melibatkan projek dan pembinaan. Juruukur Bahan merupakan perunding yang bertanggungjawab di dalam menentukan kos binaan bagi sesebuah bangunan/pembangunan.
Didalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pendekatan yang digunakan adalah lebih tertumpu kepada amali/praktikal dan juga teori. Ini bagi melengkapkan graduan dengan situasi sebenar kerjaya di dalam bidang ukur bahan.
Program ini memperuntukan selama 3 tahun pengajian termasuk latihan praktikal dan ia melibatkan silibus mata pelajaran berkaitan asas matematik, lukisan kejuruteraan, kos binaan, ukur binaan, teknologi binaan, komunikasi, undang-undang dan pengkomputeraan.
Program ini juga merupakan program profesional dimana profesion seorang Juruukur Bahan adalah dibawah kawalselia Juruukur Bahan Malaysia dan Institut Juruukur Malaysia (ISM).
DIPLOMA UKUR BAHAN
SEPENUH MASA
3 TAHUN
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.