Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Program kerjasama antara Widad College dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kurikulum pengajian senibina bagi persediaan bakal-bakal graduan melibatkan diri secara profesional di dalam bidang rekabentuk dan pembinaan. Kurrikulum program yang merangkumi 6 semester ini menitikberatkan pengisian profesionalisma dan sahsiah kendiri bagi melahirkan arkitek yang bukan sahaja bertanggungjawab ke atas rekabentuk bangunan tetapi juga membentuk persekitaran fizikal yang mesra alam.
Pengetahuan asas yang kukuh bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah rekabentuk dari segi cuaca dan fungsi, malah dapat membantu menghasilkan bangunan dengan kualiti yang maksimum pada kos yang minimum. Antara subjek-subjek yang ditawarkan termasuklah subjek rekabentuk, struktur binaan, sejarah senibina, bangunan dan pengkomputeran.
DIPLOMA SENIBINA
SEPENUH MASA
3 TAHUN
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.