Diploma Pengurusan Restoran

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Adakah anda berminat dengan bidang kulinari? Ingin melanjutkan pelajaran dalam seni kulinari? Ataupun, anda sedang tercari-cari kolej yang menawarkan kursus kulinari? Jika jawapan anda adalah ya, anda boleh memohon untuk kursus pengurusan restoran berperingkat diploma di Widad Kolej. Kursus ini baru sahaja diperkenalkan di kolej ini dan telah pun mendapat pengiktirafan daripada MQA. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi antara pelajar Diploma Pengurusan Restoran yang pertama di Widad Kolej.

Kursus Pengurusan Restoran merangkumi tugas asas untuk pengurus dalam operasi makanan dan minuman. Pelajar-pelajar kursus ini akan belajar tentang pentadbiran, perakaunan dan pengurusan sumber manusia. Selain itu, mereka juga akan belajar mengenai cara pengurus restoran merancang, mengatur dan memasarkan restoran. Kursus ini mesti diambil pada permulaan program pengurusan restoran atau program pengurusan hotel.

Program diploma ini adalah khusus untuk membantu perniagaan restoran-restoran yang sedang dikendalikan. Kursus seni kulinari ini juga akan membantu anda mengembangkan kemampuan anda untuk memahami konsep utama operasi restoran dan belajar tentang kepentingan pengetahuan prosedur untuk diterapkan dalam situasi kehidupan sebenar.

Selain itu, Diploma Pengurusan Restoran dirancang untuk membolehkan mereka berunding dengan rakan industri dan pemeriksa luaran yang berpengalaman, memberi pelajar pengetahuan dan kemahiran yang sangat di inginkan oleh majikan. Seterusnya, pelajar juga akan memperoleh pengalaman bekerja sebagai sebahagian daripada program mereka. Pengalaman yang tidak ternilai ini akan memberi pelajar kelebihan dalam pekerjaan dan membantu mereka membuat hubungan baik dalam industri yang akan sangat membantu mereka sepanjang karier mereka dalam industri kulinari ini.

Diploma Pengurusan Restoran yang ditawarkan oleh Widad Kolej ini hanya akan mengambil 2½ tahun. Di samping itu, syarat kemasukan diploma ini ialah anda mestilah berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan matematik adalah salah satu daripadanya. Selain daripada Sijil Pelajaran Malaysia, anda juga boleh memohon jika anda mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 berkaitan dengan hospitaliti dengan PNGK 2.0 paling minimum. Selain daripada SPM dan SKM, sebarang kelayakan setaraf lain yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga layak untuk memohon untuk program diploma ini.

Tidak seperti institusi lain, Widad Kolej menawarkan banyak perkara yang akan memberi manfaat kepada pelajar dari segi kewangan seperti, yuran pendaftaran percuma untuk semester 1, pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak akan diberikan tiket kapal terbang percuma, diskaun sebanyak 30% bayaran balik untuk pinjaman PTPTN, diskaun sebanyak 30% untuk yuran pengajian bagi alumni, pinjaman sara diri sebanyak RM1,000 setiap semester dan banyak lagi.

Pelajar dengan kelayakan Diploma Pengurusan Restoran akan dapat bekerja dengan Perkhidmatan Jenama Restoran Cepat seperti Pizza Hut sebagai pelatih pengurusan.

Jika anda berminat dengan apa yang ditawarkan oleh program diploma ini di Widad Kolej, jangan membuang masa lagi dan mohon sekarang untuk kebaikan masa depan anda. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami menggunakan e-mel dan nombor yang di senaraikan di sini.


  • Maklumat Program

  • DIPLOMA PENGURUSAN RESTORAN

  • SEPENUH MASA

  • 2 TAHUN


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Matematik
    • Mana-mana dua (2) matapelajaran lain
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 berkaitan dengan Hospitaliti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Pilihan 3 : Kemasukan dengan Kelayakan Setara

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Soalan Lazim

Kursus bidang kulinari yang ditawarkan oleh kami ialah sesuatu yang mampu membantu pelajar dalam menguasai asas-asas pengurusan dalam industri makanan dan minuman. Kami di Kolej Widad menawarkan kursus kulinari dalam Diploma Pengurusan Restoran untuk membantu pelajar mencapai aspirasi pengurusan kulinari mereka.

Kolej kami pentingkan tuju arah pelajar kami, di mana pelajar yang peroleh Diploma Pengurusan Restoran boleh menceburkan diri dalam bidang kulinari. Kursus seni kulinari kami adalah untuk menyediakan anda untuk sebagai pelatih pengurusan yang berbakat.

Diploma Pengurusan Restoran di Widad membenarkan pelajar untuk berunding dengan rakan industri dan pemeriksa luaran yang berpengalaman bagi memperoleh pengalaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam bagi bidang kulinari.

Diploma Pengurusan Restoran di Kolej Widad mengajar pelajar tentang tugasan pengurusan makanan dan minuman. Ini termasuk dengan pentadbiran, perakaunan, pengurusan sumber manusia dan juga mengenai cara untuk merancang, mengatur dan memasarkan restoran.

Syarat kemasukan Diploma Pengurusan Restoran di Kolej Widad adalah pelajar perlu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit (matematik adalah salah satu daripadanya).Selain itu, pelajar yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 berkaitan dengan hospitaliti dengan PNGK 2.0 paling minimum, atau sebarang kelayakan setaraf lain yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelajar yang mendaftar kursus seni kulinari Kolej Widad, akan mengambil masa 2 ½ tahun untuk menglengkapi program ini.


Laluan Kerjaya

Students with the Diploma in Restaurant Management qualification, will be able to work with Quick Service Restaurant (QSR) Brands (Pizza Hut) as management trainees.

HANTAR KAMI SOALAN ANDA