Latarbelakang

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

KECEMERLANGAN ANDA BERMULA DISINI

Pada Jun 2016, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) telah mengambil alih sepenuhnya Kolej Shahputra. Di bawah milikan dan pentadbiran baru, kolej ini bergelar Widad College (WC). Perkataan WIDAD ini diterjemahkan dari bahasa Arab yang bermaksud, kasih sayang dan persahabatan. Ia juga melambangkan kepimpinan dan kebebasan.

Widad Business Group adalah satu konglomerat yang terdiri dari pelbagai syarikat perniagaan. Ia adalah sebuah identiti koporat yang ternama di Malaysia dan juga tersenarai dalam Bursa Saham. Aktiviti-aktiviti perniagaan WBG merangkumi bidang pengurusan fasiliti berintigrasi, pembinaan, pembangunan hartanah, media, teknologi maklumat, hospitaliti, kesihatan dan komunikasi.

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah merupakan pengasas WBG. Beliau merupakan seorang ahli koporat yang perihatin terhadap pendidikan berkualiti. Beliau percaya asas kejayaan sesebuah negara adalah rakyat yang berpendidikan. Secara peribadi beliau meyakini bahawa setiap anak-anak semestinya diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat tertinggi walaupun melalui pendidikan swasta. Maka di WC, wujudlah peluang belajar ini dengan konsep ‘mampu belajar’ yang mana WC merupakan sebuah kolej yang menyediakan program-program pengajian dengan kerjasama Universiti Awam (UA) tempatan seperti UPM, UTM dan UiTM dengan kadar yuran yang berpatutan.

Kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada sudah mencukupi untuk melahirkan graduan yang relevan dan menepati keperluan industri dalaman serta di arena antarabangsa. Untuk mencapai hasrat ini, WC didokong oleh pentadbiran yang mantap serta dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Kedudukan WC kini menjurus kepada sebuah institusi yang memenuhi pencapaian kecemerlangan akademik.

WC menawarkan 13 program diploma dan 2 program pra diploma. Hampir kesemua program-program di WC telah mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dari badan profesional masing-masing bergantung kepada program yang dikendalikan.

Pengiktirafan ini secara tidak langsung telah menyaksikan kebolehpasaran graduan kami yang tinggi serta permintaan dari industri yang sangat menggalakkan sama ada dari dalam atau luar negara. Sehingga kini institusi ini telah telah melahirkan lebih 20,000 graduan di dalam pelbagai bidang.

WC terletak pada lokasi yang strategik di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sebuah bandar pesisir yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Bandar Kuantan juga merupakan sebuah bandar yang lengkap tanpa kesesakan. Di sini terdapat pusat pusat peranginan seperti, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, pulau-pulau perkelahan, pusat-pusat membeli belah serta hotel-hotel bertaraf lima bintang. Keadaan ini juga telah menarik ramai pelajar untuk memilih WC sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran mereka di samping kualiti pendidikan yang terbukti.

Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke universiti awam (UA) tetapi gagal, WC merupakan alternatif kepada anda untuk mendapatkan diploma daripada UA dan pengalaman belajar menerusi silibus UA. WC mengalu-alukan anda ke Widad College untuk merasai pengalaman belajar dan kami janjikan kualiti dan pengalaman yang terbaik serta mampu belajar.

Gambang Water Park

Bukit Panorama, Sungai Lembing

Teluk Chempedak

Chengal Hill Retreat, Janda Baik

Club Med Cherating Beach

Fraser's Hill

Resorts World Genting

Pulau Ular, Kuantan