Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS)

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik ATAU Matematik
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan

  • Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan CGPA 3.0 dalam SETIAP matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik ATAU Matematik
  • Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu (1) tahun didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik ATAU Matematik Tambahan
    • Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
  • Lulus Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Unified Examination Certificate (UEC)

  • Memperolehi B4 dalam lima (5) subjek:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan International Baccalaureate (IB)

  • Minimum 30 mata dengan minimum dua (2) subjek sains ATAU Matematik di peringkat Higher Level (HL) dan satu (1) subjek sains di peringkat Standard Level (SL) dengan markah minimum sebanyak 4 dalam setiap subjek berikut:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik ATAU Matematik
  • Pilihan 5: Kemasukan dengan Diploma Sains Kesihatan

  • Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5
  • Kursus tersebut mesti tidak kurang dari lima (5) semester ATAU dua tahun setengah (2 ½) didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan:
    • Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
    • Kredit Bahasa Inggeris
    • Kredit Matematik ATAU Matematik Tambahan
    • Kredit mana-mana satu (1) matapelajaran lain
  • Lulus Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Tambahan

  • Pemohon dikehendaki lulus dalam ujian kebolehan dan/atau temubual dan/atau peperiksaan kemasukan universiti.

Lain-Lain Maklumat

  • Semua pemohon dihendaki mengisytiharkan sekiranya mereka:
    • Telah didapati bersalah atas apa-apa kesalahan jenayah;
    • Penyakit fizikal atau mental yang serius; dan/atau
    • Penyakit berjangkit yang serius.
    dimana ia boleh memberi kesan kepada profesion mereka kelak.
  • Seseorang yang mempunyai situasi berikut akan hilang kelayakan mereka dari memasuki program perubatan:
    • Didapati bersalah atas kesalahan yang mempengaruhi tubuh manusia; dan/atau
    • Ketidakjujuran yang sangat serius; contoh: menipu ketika peperiksaan, memalsukan dokumen, plagiarisme; dan/atau
    • Penyakit fizikal atau mental yang serius; dan/atau
    • Penyakit berjangkit yang serius.
  • Sebarang kegagalan untuk mengistiharkan apa-apa maklumat yang mempengaruhi kecergasan pelajar, boleh menyebabkan kursus perubatan mereka dibatalkan. Kejujuran, integriti dan kesihatan yang baik adalah sifat yang penting bagi pelajar perubatan.
  • Sila ambil perhatian bahawasanya semua keperluan yang dinyatakan di atas adalah kriteria akademik yang minimum dan tidak menjamin kemasukan ke Widad University College.

HANTAR KAMI SOALAN ANDA