Kata Aluan Timbalan Dekan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Kata Aluan Pemangku Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Interaktif (FIIT) di Kolej Universiti Widad.

Fokus utama kami di FIIT adalah bidang pengajaran dan pembelajaran. Kami menawarkan pelbagai kursus dan program pengajian yang berkualiti. Kami memastikan pelajar tahun pertama kami dibantu oleh penasihat akademik yang boleh membimbing mereka membuat pilihan dengan bijak dalam pelbagai peluang yang tersedia. Penasihat akademik dan pensyarah fakulti akan bekerjasama dengan pelajar bukan sahaja semasa Minggu Orientasi, tetapi sepanjang kehidupan mereka digelar sebagai mahasiswa.

Pelajar di FIIT akan mempelajari rasa tanggungjawab bagi merancang kehidupan mereka sendiri sebagai mahasiswa. Pelajar perlu mengambil kesempatan dan peluang dari akademik, kurikulum dan sosial yang ada di sini bersama inisiatif mereka sendiri. Pelbagai pihak di universiti yang bersedia dan sanggup memberikan bantuan dan nasihat. Pelajar hanya perlu meminta bantuan dan bimbingan.

Luangkan masa untuk meneroka laman web kami dan ketahui lebih lanjut mengenai apa yang kami tawarkan atau lebih baik lagi, datang ke kampus dan anda lihatnya sendiri untuk maklumat selanjutnya. Kami sedia menunggu anda.

Salam,

Mdm. Rafidah binti Mohd. Arif
Pemangku Dekan
Fakulti Teknologi Maklumat & Interaktif (FIIT)
Widad University College