Ringkasan Fakulti

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Ringkasan Fakulti

Latarbelakang & Sejarah

Fakulti Teknologi Maklumat dan Interaktif (FIIT) bermula pada Mei 2002 dengan 10 orang pensyarah di dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Rangkaian, Matematik dan Multimedia.

Terdapat 5 program di tawarkan oleh FIIT iaitu:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Interaktif Multimedia (Kepujian)
  • Diploma Rekabentuk Permainan
  • Diploma Interaktif Multimedia
  • Diploma Teknologi Maklumat

Fakulti bermula dengan pengambilan pelajar seramai tiga orang dari kursus Diploma Interaktif Multimedia pada Mei 2012. Pihak fakulti berterusan berusaha dalam pembangunan staf fakulti, sumber pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan kurikulum.

Dengan pemantauan dan analisa keperluan industri tempatan dan serantau, FIIT berusaha untuk memenuhi keperluan industri dengan menamatkan pelajar yang berpendidikan tinggi yang terlatih agar bersedia berkhidmat kepada komuniti di luar sana.


Visi

FIIT komited untuk terus meningkatkan persekitaran pendidikannya untuk membangunkan graduan dengan latar belakang akademik dan teknikal yang kuat.


Misi

  • Kecemerlangan dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan dalam Teknologi Maklumat dan Multimedia yang memupuk perkembangan intelektual dan profesional pelajar dan akhirnya responsif terhadap keperluan masyarakat;
  • Fakulti ini berdedikasi untuk memberikan kokurikulum sarjana yang berkualiti tinggi dan komprehensif secara etika;
  • Fakulti berusaha untuk menyediakan graduan yang dapat menyelesaikan masalah dunia dengan kemahiran profesional yang sangat baik serta membawa kepada peluang kerjaya yang lebih baik.