Ringkasan Fakulti

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Ringkasan Fakulti

Latarbelakang & Sejarah

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial telah ditubuhkan pada tahun 2011 dibawah Kolej Universiti Shahputra yang dikenali sebagai Kolej Universiti Widad (WUC).

Terdapat enam jabatan dibawah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial iaitu:

  • Jabatan Psikologi
  • Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Jabatan Komunikasi Massa
  • Jabatan Seni dan Reka Bentuk
  • Jabatan Seni Bina
  • Unit Pengajian Umum

Pengkhususan

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial di WUC mempunyai pendekatan khusus dalam bidang pendidikan, komunikasi, interaksi manusia dan seni dan reka bentuk. Sebahagian daripada rancangan masa hadapan, program berlandaskan penyelidikan telah dibangunkan bagi menumpukan kepada pembangunan bidang-bidang khusus seperti di atas untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Fakulti juga berharap dapat menyumbang kepada pengetahuan baru dalam menangani masalah-masalah di atas dan bertujuan untuk mengetuai institusi pembangunan pendidikan dengan komitmen tempatan dan visi global menerusi pengajaran, penyelidikan dan kerja professional.


Visi

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial bertujuan untuk menjadi fakulti yang kompetitif terdiri daripada kumpulan akademik yang berpotensi tinggi yang dapat membantu para graduan untuk memperolehi pengetahuan akademik dan kemahiran insaniah.


Misi

  • Untuk melahirkan graduan pendidikan dan sains sosial yang dapat memenuhi aspirasi dan mencapai keperluan industry didalam dan luar negara;
  • Untuk menyediakan pendidikan dan latihan terbaik melalui kemudahan-kemudahan moden dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif dikalangan ahli-ahli akademik;
  • Untuk bergiat secara aktif dalam pembangunan dan penyelidikan;
  • Untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama yang efektif dengan sektor-sektor industri.