Kata Aluan Dekan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Kata Aluan Dekan

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan oleh Kolej Universiti Widad dan kedatangan anda ke Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FBM) adalah amat dialu-alukan. Hargailah dan manfaatkan peluang ini kerana tidak semua rakan-rakan anda yang bertuah untuk mendapat peluang ini.

FBM menawarkan dua belas (12) program setakat ini iaitu satu (1) program asasi, lima (5) program diploma dan enam (6) program Ijazah Sarjana Muda. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Tujuan program tersebut ditawarkan adalah untuk melahirkan graduan yang berkebolehan menghadapi cabaran dalam memacu pembangunan negara pada masa hadapan. Kaedah pembelajaran yang dijalankan juga memberi pendedahan khas kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi pengalaman serta memberi kesedaran mengenai persediaan-persediaan yang mereka harus ada sebelum memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar.

FBM telah memainkan peranan dalam melahirkan tenaga profesional dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi malahan kemahiran dan kebolehan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari terus seperti yang diperlukan oleh pihak industri dan pasaran kerja.

Akhir kata, adalah menjadi hasrat Fakulti agar sumber maklumat yang dperolehi daripada laman sesawang ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi merancang pengajian akademik dengan teratur dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Diharapkan juga agar ia dapat memberikan panduan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program di FBM.

Selamat Belajar dan Maju Jaya.

Hasmah Safiei
Dekan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FBM)
Widad University College