Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Diploma Sains Komputer (Multimedia)

  • KPT/JPS(R/481/4/1647)(MQA/A 11177)02/20 AKREDITASI MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun

Pengenalan Program

Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang boleh berkomunikasi secara efektif dengan pelbagai jurang pengguna, kandungan dan boleh memimpin serta bekerjasama sebagai satu pasukan.

Keutamaan program ini adalah membolehkan graduan secara profesional mengaplikasikan pengetahuan dalam prinsip dan praktikal sains komputer ditambah dengan kemahiran bidang multimedia. Keupayaan dan kemahiran membangunkan aplikasi interaktif multimedia dalam bidang industri, pendidikan, perniagaan dan penyelidikan adalah mengikut spesifikasi, analisis, perancangan, rekabentuk dan dokumentasi yang piawai.

Selain itu, graduan yang dihasilkan adalah seorang yang bermotivasi, berdisiplin, beretika dan boleh menyesuaikan diri mengikut situasi. Disebabkan bidang komputer yang sentiasa berubah, program ini berharap dapat melahirkan graduan yang boleh mempelajari ilmu dan kemahiran komputer secara berterusan tanpa perlu penyeliaan.

Program ini memperuntukkan pengajian selama 3 tahun yang menekankan pengetahuan ilmu agama, pengaturcaraan, multimedia , matematik, rangkaian dan komputer.


Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
    • Satu (1) matapelajaran lain
  • + Maklumat Tambahan

  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pengaturcaraan Komputer
  • Juru Animasi
  • Pereka Grafik Dan Web
  • Pembangun Laman Web
  • Pembantu Pengarang Multimedia
  • Pembantu Penerbit Multimedia
  • Pembantu Sokongan Teknik
  • Pembantu Tadbir Pengkalan Data
  • Pembantu Tadbir Sistem
  • Pembantu Jurutera Rangkaian
  • Pembantu Pengurus Projek

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.