Program Ditawarkan


Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Program Jarak Jauh

Pengenalan Program

Pendidikan secara jarak jauh dibahagikan kepada dua semester, iaitu Semester Pertama (Jun-Oktober) dan Semester Kedua. (Disember-April)

Pada setiap semester pengajian, pelajar digalakkan mengambil 9 kredit hingga 15 jam kredit bergantung kepada penawaran kursus pada semester tersebut dan juga kemampuan mereka. Secara keseluruhanya pelajar perlu mengambil sebanyak 120 jam kredit.

Pelajar dijangka boleh bergraduat selepas mengikuti pengajian selama 4 tahun bergantung kepada jumlah kredit yang telah diambil dan pengecualian kursus yang diperoleh serta lulus semua peperiksaan.

Untuk maklumat selanjutnya, sila klik disini


Majlis Orientasi

Dalam majlis ini penerangan mengenai keperluan kursus, tugasan, peperiksaan, struktur program, panduan akademik dan pembelajaran secara jarak jauh akan diberi secara sesi bersemuka. Pada majlis tersebut pelajar juga akan diperkenalkan kepada pensyarah kursus.


Pengecualian Kursus

Seseorang pelajar boleh dipertimbangkan untuk diberi pengecualian kursus jika dapat membuktikan bahawa ia telah mengikuti kursus yang setaraf dan ini tertakluk kepada peraturan dan kelulusan oleh pihak fakulti.


Sistem Penilaian

Prestasi pelajar akan dinilai secara berterusan melalui tugasan, peperiksaan pertengahan dan akhir semester. Semua pelajar wajib menduduki peperiksaan yang diadakan oleh PPL di tempat dan tarikh yang ditetapkan. Pihak PPL akan berusaha mengadakan peperiksaan di pusat pembelajaran yang berdekatan. Peraturan peperiksaan adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh UPM.


Status Pelajar

Status pelajar pada setiap semester ditentukan berdasarkan prestasi akademiknya pada akhir semester berkenaan dan statusnya pada semester sebelumnya. Status baik diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Timbunan 2.000 ke atas (3.000 ke atas bagi program master) manakala pelajar yang mendapat CGPA kurang dari 2.000 akan diberi status amaran, percubaan atau gagal dan diberhentikan (GB).


Kemasukan

Setiap pemohon adalah diwajibkan untuk mendaftar atau menduduki peperiksaan 'Malaysian University English Test' (MUET) dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menentukan kursus kemahiran Bahasa Inggeris yang perlu diikuti sebagai syarat bergraduat.


Syarat Bergraduat

Pelajar yang telah lulus semua kursus mengikut kurikulum program yang diikuti layak bergraduat tertakluk kepada syarat dan kelulusan senat.


Penganugerahan & Konvokesyen

Pelajar PJJ akan dianugerahkan ijazah sama seperti pelajar sepenuh masa di majlis konvokesyen yang akan diadakan.


Hak-Hak UPM

UPM mempunyai hak untuk menerima atau menolak atau membatal serta menerima semula mana-mana permohonan, status pelajar dan rayuan yang ditawarkan, diterima atau dibuat kepada dan daripada pelajar, mengikut peraturan dan keputusan pihak berkuasa Universiti dan berhak meminda mana-mana peraturan yang terkandung dalam panduan ini.


Maklumat Selanjutnya

Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi mana-mana pusat berikut:

  • Universiti Putra Malaysia

  • Unit Kemasukan Dan Hal Ehwal Pelajar
    UPM Education & Training Sdn. Bhd.
    d/a:Pusat Pendidikan Luar
    Universiti Putra Malaysia
    43400, Serdang
    Selangor Darul Ehsan

  • 03-89412891, 03-89468821, 03-89468817, 03-89468815

  • 03-89424770, 03-86563565

  • Widad College

  • Widad College
    BIM Point
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan
    Pahang Darul Makmur

    • Ros Mazlan Noor : 019-9648033

Yuran Pembelajaran

  • Yuran dikenakan bergantung kepada kredit yang diambil pada semester tersebut. Sila rujuk ruangan ini untuk maklumat lanjut.
  • Bagi program Bacelor : RM180/jam kredit

Pendaftaran

Semua calon yang ditawarkan tempat untuk mengikuti program secara PJJ dikehendaki mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia. Tarikh pendaftaran akan ditetapkan oleh Pusat Pendidikan Luar (PPL).


Cara-Cara Memohon

Sila lawat laman web Pusat Pendidikan Luar. Anda dikehendaki muat turun borang permohonan dan poskan bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut:

  • Unit Kemasukan dan Hal Ehwal Pelajar

  • UPM Education & Training Sdn. Bhd.
    d/a:Pusat Pendidikan Luar
    Universiti Putra Malaysia
    Beg Berkunci No. 252
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan