Program Ditawarkan


Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Pengenalan Program

Program Diploma Sains Kejurulatihan ini dibentuk khas untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan, perguruan, pengurusan atau pelatih peribadi.

Pelajar bakal didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam sains sukan dan kejurulatihan dalam bidang anatomi, fisiologi senaman, kepimpinan, dan sains kejurulatihan. Program ini juga melengkapkan lagi pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam bidang pengurusan. Selain itu, objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan piawai akademik tercapai dan menjadi program bertaraf dunia, agar di masa akan datang pelajar-pelajar ini mampu menyambung pengajian dalam bidang sarjana muda yang ditawarkan di dalam atau di luar negara. Program ini juga memberi peluang pekerjaan yang sangat meluas.

Sains Kejurulatihan adalah bidang aplikasi sains sukan di mana merangkumi ilmu anatomi dan fisiologi, biomekanik, kecederaan sukan dan pemulihan, fisiologi senaman dan bidang-bidang lain yang melibatkan sains dan sukan dalam bidang kejurulatihan.

Program ini memberi jalan kepada pelajar lepasan SPM dengan pencapaian yang bersesuaian untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Sains Kejurulatihan. Oleh itu, Widad College adalah salah satu institusi yang menawarkan pengajian diploma untuk membantu siswazah Malaysia meningkatkan peluang pekerjaan sama ada di dalam atau luar negara. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membentuk dasar ekonomi baru di mana mampu meningkatkan produktiviti negara dengan membiayai siswazah berilmu dan berdaya saing.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Mana-mana dua (2) matapelajaran lain
  • Lulus matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Pra-Diploma / Sijil / Matrikulasi / Kelayakan setara

  • Lulus Pra-Diploma / Sijil / Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Laluan Kerjaya

Diploma Sains Kejurulatihan membentuk pengetahuan fizikal dan kemahiran yang bersesuaian untuk kemajuan pelajar di tempat kerja. Ia mampu melengkapkan pelajar untuk peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan.

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus seharusnya layak meningkatkan satu daripada berikut:

  • Berpotensi untuk bekerja sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta
  • Menyumbang kepada masyarakatdan badan-badan sukan profesional
  • Menyumbang kepada masyarakat dan kesihatan sejagat
  • Menyambung pengajian dalam peringkat sarjana muda di universiti tempatan ataupun universiti swasta di negara kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan boleh rujuk kepada tutor anda.