Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS)

  • KPT/JPS(N/721/6/0017)(MQA/PA2070)05/18

  • Sepenuh Masa

  • 5 tahun

Pengenalan Program

'Saya mahu menjadi seorang doktor.' Mungkin ia antara jawapan yang biasa didengar daripada pelajar sekolah apabila ditanya mengenai cita-cita mereka. Ini adalah kerana kerjaya sebagai dokor perubatan mempunyai personaliti terbaik dan dihormati dalam masyarakat.

Program MBBS di Widad College bertujuan merealisasikan impian zaman kanak-kanak ini dengan cara dan persekitaran yang terbaik.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik ATAU Matematik
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan

  • Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan CGPA 3.0 dalam SETIAP matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik ATAU Matematik
  • Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu (1) tahun didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik ATAU Matematik Tambahan
    • Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Diploma Sains Kesihatan

  • Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5
  • Kursus tersebut mesti tidak kurang dari dua tahun setengah (2 ½) didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
    • Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
    • Kredit Bahasa Inggeris
    • Kredit Matematik ATAU Matematik Tambahan
    • Kredit mana-mana satu (1) matapelajaran lain

Tempoh Pembelajaran & Struktur Program

Program MBBS di Widad College selama 5 tahun dan terbahagi kepada 2 fasa.

Fasa 1 merangkumi subjek Sains Asas Perubatan termasuk Anatomi, Fisiologi, Biokimia, Mikrobiologi/Imunologi, Patologi, Psikologi dan Kesihatan Awam/Perubatan Epidemiologi.

Fasa 2 pula terdiri daripada Tahun 3, 4 dan 5 merangkumi kemahiran klinikal dimana pelajar didedahkan kepada subjek utama klinikal seperti Perubatan Dalaman, Pembedahan Am, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Komuniti, Perubatan Keluarga dan lain-lain dimana pelajar dikehendaki berada dihospital dan pusat-pusat kesihatan untuk penempatan klinikal.


Latihan/Praktikal

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada pelbagai kaedah termasuk kuliah, tutorial, seminar, sesi pembelajaran bersama yang berpusatkan pelajar, amali/arahan klinikal dan latihan, penyelesaian berdasarkan masalah, penulisan laporan dan pembentangan, pengajaran klinikal di wad hospital dan klinik, penempatan kesihatan komuniti, projek kesihatan komuniti, e-pembelajaran menggunakan sistem pengurusan pembelajaran dalaman dan juga sistem e-mentor.


Kaedah Penilaian Program

Kemajuan pelajar akan dipantau ketat dan teratur dengan pelbagai kaedah penilaian berterusan (kehadiran kelas, kuiz dua kali seminggu, tugasan, pembentangan, sesi PBL) manakala penilaian keseluruhan akan dilakukan secara berkala dalam bentuk peperiksaan akhir semester / peperiksaan akhir posting dan dua (2) peperiksaan profesional pada Tahun 2 dan Tahun 5, iaitu pada akhir Fasa 1 dan Fasa 2.


Kerjaya

Setelah tamat pengajian, graduan perubatan Widad College akan memperoleh sijil MBBS dimana ianya akan membenarkan mereka untuk berdaftar dibawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memulakan 'housemanship' atau 'internship' (2 tahun) di hospital Kerajaan.

Sebaik sahaja berdaftar penuh dan biasanya selepas 2-3 tahun pengalaman sebagai Pegawai Perubatan, mereka boleh sama ada mengamalkan latihan sendiri (GP) atau meneruskan pengajian peringkat kepakaran dalam bidang perubatan iaitu pengkhususan klinikal atau jurusan akademik untuk mendapatkan MSc dan seterusnya PhD dalam bidang khusus yang diminati.