Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Diploma Interaktif Multimedia

  • KPT/JPS(N/213/4/0059)(MQA/PA1161)02/17

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun

Pengenalan Program

Program ini dibentuk bagi menyediakan individu dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi memenuhi keperluan didalam pelbagai bidang yang profesional seperti penerbit multimedia, pereka laman web, pakar pencipta kandungan web, pengaturcara multimedia / pakar pengarangan, artis grafik multimedia, pakar video digital, pengurus projek multimedia dan banyak lagi.

Program ini juga menyediakan pembangunan kemahiran yang berterusan di dalam disiplin multimedia. Pelbagai kursus telah disediakan untuk mereka yang ingin mengembangkan bakat dan mengaplikasikan kemahiran mereka didalam dunia digital.


Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Kelayakan setara

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kredit dalam mana-mana subjek
  • Lulus subjek Pendidikan Seni ATAU lulus sesi temuramah / ujian lukisan / penilaian portfolio bagi pemohon (kelayakan subjek Pendidikan Seni tidak diperlukan)

Garis Panduan Program

Graduan untuk DIM boleh bekerja sebagai Pereka Multimedia, Juruanimasi, Pengaturcara Multimedia, Pembangun Web , Penyunting Audio & Video , Pereka antaramuka atau Pereka Grafik.

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.