Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kep)

  • KPT/JPS(N/481/6/0172)(MQA/PA1166)02/18

  • Sepenuh Masa

  • 3 ½ tahun

Pengenalan Program

Ijazah ini dibentuk untuk menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang IT dengan mengaplikasikan teknologi terkini dalam konteks pengurusan dan integrasi system yang digunapakai oleh industri perniagaan, kerajaan, sektor perubatan, sekolah dan organisasi-organisasi lain.

Selain menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam IT dan pengurusan, ia juga melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan interaksi dalam menyediakan mereka untuk menjadi seorang pakar ICT.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Matrikulasi / Foundation

  • Kursus Matrikulasi / Foundation yang diiktiraf dengan CGPA minimum 2.00
  • Kredit matapelajaran Matematik pada peringkat SPM / SPMV
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / A-Level / Kelayakan setara

  • Lulus STPM / A-Level atau setara dengan DUA (2) lulus penuh atau yang setara dengan CGPA minimum 2.00
  • Kredit matapelajaran Matematik pada peringkat SPM / SPMV
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Diploma

  • Mempunyai Diploma dalam bidang Sains Komputer, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian, atau yang setara dengan CGPA minimum 2.50
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Diploma (Alternatif)

  • Mempunyai diploma yang lain dengan CGPA minimum 2.50
  • Kredit matapelajaran Matematik pada peringkat SPM / SPMV
  • + Kelayakan Tambahan

  • Wajib memiliki Malaysian University English Test (MUET) sebelum dapat memohon pinjaman PTPTN.

Garis Panduan Program

Graduan BIT boleh memohon pekerjaan seperti Pengurus Projek IT, Pentadbir Sistem, Pegawai (Kerajaan), Pentadbir Rangkaian, Penganalisis Sistem, Pengaturcara, Pentadbir Web, Pendidik atau Pentadbir Pangkalan Data.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana universiti yang berpotensi.