Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Komunikasi Massa

Diploma Komunikasi Massa direka kepada pelajar sebagai persediaan memasuki bidang media dan komunikasi. Kursus selama tiga tahun ini ini distruktur bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam meliputi industri penyiaran, penerbitan, kewartawanan, pengiklanan dan perhubungan awam.

Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti menggunakan peralatan audio video, suntingan, siaran radio, rekaan grafik, fotografi, kemahiran menulis, kemahiran pengucapan awam dan sebagainya. Selain teori, pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran praktikal supaya mereka lebih bersedia sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Bimbingan para pensyarah berpengalaman di dalam industri juga menjadikan kursus yang ditawarkan lebih difahami pelajar.


Maklumat Program

  • Diploma Komunikasi Massa

  • KPT/JPS(R/321/4/0027)(MQA/FA0619)08/21 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Garis Panduan Program

Tahun 1
  • Introduction to Media Studies
  • Media Writing
  • Public Speaking Skills
  • Preparatory English
  • Bahasa Kebangsaan
  • Islamic Studies / Moral Studies
  • Introduction to Publishing
  • Fundamental of Journalism
  • Introduction to Advertising
  • Principles of Sociology
  • Lower-Intermediate (English)
  • Pengajian Malaysia
Tahun 2
  • Intro to Public Relations
  • Graphic Design and Publication
  • Photography
  • News Writing and Reporting
  • Advertising and Promotion
  • Current Issues in Malaysia
  • Interactive Multimedia Production
  • Media Management
Tahun 3
  • PR and Event Management
  • Foundations of Video Production
  • Introduction to Mass Media Research
  • Entrepreneurship
  • Industrial Training

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Matematik
  • Lulus Sejarah
  • Lulus temuduga lisan dan bertulis yang dikendalikan oleh fakulti
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan mana-mana Kelayakan Setara

  • Mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Lulus temuduga lisan dan bertulis yang dikendalikan oleh fakulti

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pereka Grafik
  • Wartawan
  • Penyunting
  • Pengiklan
  • Penerbit
  • Perhubungan Awam
  • TV Host
  • Pembaca Berita

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.