Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Diploma Komunikasi Massa

  • KPT/JPS(R/321/4/0027)(MQA/FA0619)08/21

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun

Pengenalan Program

Diploma Komunikasi Media Massa telah diwujudkan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang mendalam dalam komunikasi media masa yang menggabungkan teori dan praktikal.

Kursus ini berstruktur untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus informasi dalam komunikasi dan media.

Diploma Komunikasi Media Massa mengajar pelajar untuk merancang, melaksanakan dan mengurus projek media yang menunjukkan aplikasi berkaitan teori dan kemahiran yang diperlukan. Pelajar akan memperoleh kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bentuk bertulis, verbal dan visual. Selain itu, pelajar juga mendapat peluang untuk mendedahkan diri kepada produksi audio video, iklan televisyen, siaran radio dan produksi bercetak dengan menggunakan studio AV terkini dan juga peralatan pasca penerbitan yang disediakan.

Dengan perspektif daripada pelbagai disiplin, program ini sesuai dengan cabaran dalam menganalisis sosial, budaya, ekonomi dan pengaruhpengaruh politik yang boleh memberi anda pelbagai kemahiran dan pengetahuan dimana semuanya amat penting dalam sektor pekerjaan abad ke-21.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Matematik
  • Lulus temuduga lisan dan bertulis yang dikendalikan oleh fakulti
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan mana-mana Kelayakan Setara

  • Mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Lulus temuduga lisan dan bertulis yang dikendalikan oleh fakulti

Garis Panduan Program

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • PR Executive
  • Advertising Executive
  • Production Assistant
  • Script Writer
  • Newscaster
  • Broadcast Journalist
  • Journalist
  • Stringer
  • Reporter
  • Anchor
  • Junior Copywriter
  • Radio Presenter
  • Editorial Assistance
  • Junior Media Practitioners

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.