Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Diploma Senibina

  • KPT/JPS(N/581/4/0052)(MQA/PA4634)07/19

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun

Pengenalan Program

Program ini menawarkan kurikulum pengajian senibina bagi persediaan bakal-bakal graduan melibatkan diri secara profesional di dalam bidang rekabentuk dan pembinaan.

Okjektif program ini untuk membolehkan/menghasilkan graduan:

  • Memperolehi ilmu dan kemahiran berkaitan dengan disiplin senibina;
  • Mengaplikasi kemahiran kreatif dalam membantu arkitek untuk menyediakan dan melaksanakan projek pembangunan serta menganalisa dan menilai cadangan senibina;
  • Separa professional dan kompeten secara teknik dalam menyelesaikan masalah senibina yang kritikal, secara logik, kreatif dan analiktikal berdasarkan fakta dan idea yang kukuh;
  • Berkebolehan untuk memberi maklumbalas dan bersedia untuk mengadaptasi pada sebarang perubahan situasi dan meneruskan pembelajaran kendiri untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran tambahan;
  • Bermotivasi, kreatif, berdisiplin dan beretika serta berupaya bekerja dengan kumpulan secara efektif.

Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Matematik
    • Dua (2) matapelajaran lain
  • Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni / Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan ATAU
  • Lulus Sesi Temuduga / Ujian Melukis / Penilaian Portfolio bagi pemohon tanpa kelayakan matapelajaran Pendidikan Seni / Lukisan Kejuruteraan

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pembantu Arkitek
  • Pereka Dalaman
  • Pelukis Pelan

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.