Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan(Pengurusan Teknologi)

  • KPT/JPS(N/340/6/0091)(MQA/FA1126)08/17 AKREDITASI MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 ½ tahun

Pengenalan Program

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Teknologi) menggabungkan pembangunan kemahiran dan prinsip-prinsip perniagaan yang penting dengan memberikan penekanan kepada peranan asas teknologi dalam menguruskan perniagaan enterprise.

Ia mendedahkan pelajar kepada teknik integrasi teknologi baru, manfaat infrastrukutr teknologi dan penyelesaian masalah melalui teknologi. Pengetahuan khusus teknologi sebagai alat penyelesaian masalah dan pemandu perubahan membolehkan graduan Pengurusan Teknologi untuk berkembang menjadi pengurus dan ketua yang cekap, dan dapat menyesuaikan diri dengan peubahan pasaran semasa.

Proram ini akan menyediakan peluang kerjaya yang banyak dalam bidang pengurusan teknologi bagi graduan. Ia menyediakan pelajar dengan kemahiran pengurusan, komunikasi perseorangan dan perancangan yang diperlukan untuk memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai pengurus dalam teknologi perniagaan. Setelah menamatkan pengajian, pelajar layak untuk bekerja dalam salah satu bidang pengkhususan yang memerlukan pengurusan teknologi di sektor kerajaan dan swasta.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Diploma / Kelayakan yang setara

  • Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan. (tahap 4 atau 5 KKM)
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level / Kelayakan setara

  • Lulus STPM / A-Level atau setara dengan minimum gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Sijil Matrikulasi / Asasi / Kelayakan setara

  • Kelayakan Matrikulasi / Asasi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya.
  • Pilihan 5: Kelayakan setara

  • Kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • + Kelayakan Tambahan

  • Wajib memiliki Malaysian University English Test (MUET) sebelum dapat memohon pinjaman PTPTN.

Laluan Kerjaya

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Teknologi) layak dan mampu memegang jawatan dalam mana-mana industri/ institusi, samada di sektor awam atau swasta dalam bidang yang berkaitan dengan teknikal atau pengurusan.

Program ini akan melahirkan graduan yang mampu bersaing dalam pasaran kerja. Graduan akan mampu merebut peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang selepas berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana universiti yang berpotensi.