Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Pengenalan Program

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) direka bagi menghasilkan sumber manusia profesional yang boleh membantu organisasi mentrasformasi modal insan dalam merealisasikan polisi-polisi dan strategi-strategi organisasi.

Ia juga bertujuan untuk melahirkan sumber manusia profesional yang inovatif dan dapat menyesuaiakn diri dalam memaksimumkan potensi manusia dalam sesebuah organisasi secara efektif.

Selaras dengan misi untuk mencapai objektif-objektif di atas, pelajar didedahkan kepada pelbagai dispilin termasuk aspek kognitif dan penggunaan teknologi bagi membantu mempertingkatkan potensi manusia di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran sebenar pekerjaan melalui latihan industri dan juga lawatan sambil belajar.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Diploma / Kelayakan yang setara

  • Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan. (tahap 4 atau 5 KKM)
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level / Kelayakan setara

  • Lulus STPM / A-Level atau setara dengan minimum gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Sijil Matrikulasi / Asasi / Kelayakan setara

  • Kelayakan Matrikulasi / Asasi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya.
  • Pilihan 5: Kelayakan setara

  • Kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • + Kelayakan Tambahan

  • Wajib memiliki Malaysian University English Test (MUET) sebelum dapat memohon pinjaman PTPTN.

Laluan Kerjaya

Graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) akan mempunyai pelbagai peluang kerjaya yang meluas. Pada dekad yang lepas, fungsi sumber manusia telah melangkah setapak lagi melangkaui pengurusan peribadi dan pembangunan untuk menjadi perancang strategi di dalam organisasi, meningkatkan keperluan untuk menjadi pekerja yang profesional dengan kepakaran dalam kemahiran sumber manusia.

Jawatan di peringkat pengambilan pekerja, pampasan, faedah, hubungan buruh dan bidang yang berkaitan dengan hubungan manusia yang lain yang boleh didapati dengan meluas di dalam industri, perniagaan , sektor awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan yang bukan mensasarkan keuntungan dan organisasi. Jawatan pengurusan peringkat pertengahan juga disediakan bagi graduan yang telah mempunyai pengalaman bekerja.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana universiti yang berpotensi.