Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

  • KPT/JPS(N/314/6/0003)(MQA/FA1168)11/16 AKREDITASI MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 ½ tahun

Pengenalan Program

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi direka bagi menyediakan landasan yang kukuh berkenaan teori dan pengetahuan ekonomi serta meningkatkan lagi kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran menganalisa.

Kursus utama dan elektif di susun dengan baik bagi menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan khusus dan menyeluruh dalam bidang ekonomi, statistik gunaan, pengajian pembangunan, pengajian pentadbiran dan politik.

Program ini juga mendidik pelajar untuk menganalisis secara kritikal dan menyelesaikan masalah berkaitan isu ekonomi. Pelajar berpeluang untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ekonomi bagi menyelesaikan isu-isu ekonomi yang berbeza di peringkat dalam negara dan antarabangsa.

Program ini mencabar intelek pelajar dan bertujuan untuk membangunkan kemampuan pelajar menganalisis aspek ekonomi yag memberikan kesan kepada masyarakat. Pelajar akan mempelajari struktur organisasi dan bagaimana untuk bersaing di pasaran terbuka. Mereka juga akan mempelajari bagaimana isirumah dan individu membuat keputusan ekonomi dan peranan kerajaan dalam menggubal dasar dan peraturan dalam pasaran dan kewajiban menyediakan perkhidmatan asas kepada masyarakat.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Diploma / Kelayakan yang setara

  • Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan. (tahap 4 atau 5 KKM)
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level / Kelayakan setara

  • Lulus STPM / A-Level atau setara dengan minimum gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Sijil Matrikulasi / Asasi / Kelayakan setara

  • Kelayakan Matrikulasi / Asasi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya.
  • Pilihan 5: Kelayakan setara

  • Kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • + Kelayakan Tambahan

  • Wajib memiliki Malaysian University English Test (MUET) sebelum dapat memohon pinjaman PTPTN.

Laluan Kerjaya

Program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi membina pengetahuan yang praktikal dan kemahiran yang penting di dalam pembangunan kerjaya. Ia menyediakan pekerjaan dan bidang profesion di peringkat kebangsaan dan arena antarabangsa.

Selepas bergraduasi, anda layak untuk memohon seperti berikut:

  • Pekerjaan di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti firma, bank, khidmat kerajaan dan perniagaan
  • Graduan berkerja di arena pekerjaan termasuk konsultansi antarabangsa
  • Melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di universiti yang berpotensi
  • Graduan boleh membangunkan kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan bidang perniagaan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana universiti yang berpotensi.