Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Pengenalan Program

Farmasi adalah satu cabang sains kimia yang menjurus kepada penggunaan ubat secara selamat dan efektif . Bidang farmasi mempunyai tiga cabang yang utama iaitu Farmaseutik, Kimia Farmaseutikal dan Praktis Farmasi.

Farmaseutik melibatkan pembangunan , penciptaan dan pemprosesan ubat dari bahan mentah. Kimia farmaseutik ialah bidang yang mempunyai hubung kait dengan kimia, biologi dalam hal sintesis dan pembangunan ubat-ubatan. Praktis farmasi pula ialah cabang farmasi yang menggunakan maklumat farmaseutik dan kimia farmaseutik dalam mempraktiskan farmasi kepada masyarakat. Ia menekankan penggunaan ubat secara rasional, berkesan dan selamat dalam kalangan masyarakat.

Diploma Farmasi menyediakan pelajar untuk menjadi juruteknik farmasi yang berpengetahuan dalam bidang farmaseutik, kimia farmaseutik dan praktis farmasi supaya mereka bersedia memasuki pasaran kerja dalam industri farmaseutikal yang menekankan aspek kimia farmaseutik dan farmaseutik atau memasuki pasaran kerja yang menekan aspek praktis farmasi seperti hospital dan farmasi komuniti.

Antara bidang tugas juruteknik farmasi (dikenali sebagai Pembantu Farmasi) di hospital ialah membantu Ahli Farmasi memastikan penyediaan, pembekalan, pengunaan ubat adalah rasional, berkesan dan selamat. Mereka juga membantu Ahli Farmasi dalam memastikan pesakit mendapat penjagaan farmseutikal secara optima dan khidmat jururunding ubat-ubatan kepada ahli professional lain seperti doktor dan jururawat.

Tempoh pengajian adalah enam semester (3 tahun) telah mendapat kelulusan dari MQA dan pengawasan dari Lembaga Farmasi Malaysia


Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Fizik ATAU Kimia ATAU Biologi ATAU Sains
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Penolong Pegawai Farmasi di hospital awam dan badan berkanun
  • Pembantu Farmasi di hospital swasta dan farmasi komuniti
  • Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal
  • Penyelia di bahagian Pengawalan Kualiti atau Pembuatan Ubat di industri farmaseutikal
  • Pembantu/penolong pegawai penyelidik di institusi yang berkaitan dengan penyelidikan dadah dan ubat
  • Pembantu teknikal di institusi-institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan.

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.