Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Asasi Sains

  • KPT/JPS(R/010/3/0054)(MQA/FA1305)01/22

  • Sepenuh Masa

  • 1 tahun

Pengenalan Program

Asasi Sains telah direka untuk menyediakan pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi atau ijazah lain.

Pengukuhan ekonomi negara memberi impak besar terhadap sistem kesihatan di Malaysia, terutamanya permintaan untuk perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Oleh yang demikian, program ini ditawarkan sehubungan dengan polisi negara bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di dalam sektor biologi dan sains kesihatan dengan menyatukan pengetahuan, teknologi dan kemahiran kemanusiaan.

Dengan penubuhan hospital-hospital kerajaan dan swasta yang baru, keperluan pekerja terlatih dalam bidang sains perubatan adalah kritikal. Subjek-subjek seperti Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris diajar kepada pelajar untuk menylesaikan masalah melalui pembelajaran supaya mereka dapat meneruskan pengajian di IPTA atau luar negara.

Tempoh pengajian adalah tiga semester (setahun) telah mendapat kelulusan dari MQA.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian Ijazah dalam bidang Perubatan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV) / O-Level
  • Lima (5) kredit (minimum B) dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik ATAU Matematik Tambahan dan satu (1) subjek lain
  • Kredit Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Pilihan 2: Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian Ijazah dalam bidang Sains (lain)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV) / O-Level
  • Lima (5) kredit termasuk subjek Matematik dan dua (2) subjek sains
  • Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Pilihan 3: Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian Ijazah dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV) / O-Level
  • Lima (5) kredit termasuk tiga (3) subjek dari senarai berikut: Biologi / Fizik / Matematik / Kimia /English
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan Gred B dalam tiga (3) subjek

Garis Panduan Program

Selepas tamat Program Asasi, pelajar boleh memilih untuk membuat program ijazah di Widad University College, Widad University College, universiti tempatan atau universiti luar negara.